Sunday, 10 November 2013

Mendaki Bukit Lepoh, Hulu Langat Bersama Kawan (08/04/13)

Mendaki Bukit Lepoh / Lepo / Lepuh, Hulu Langat

Tarikh: 08.04.2013 Isnin

Penyertaan: Sepuluh orang rakan sekerja yang merupakan ahli KOT Recreational Club



Kronologi:

Isnin, 08/4/13

7.00 am Mula perjalanan dari Klang – konvoi dua kereta menghala ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan sebagai tempat pertemuan bagi rakan-rakan dari arah lain.

7.45 am Tiba di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

8.30 am Sarapan di Bandar Tun Razak.

9.15 am Mula perjalanan ke Hulu Langat – konvoi 4 kereta

10.30 am Tiba di Base (Rumah Pendaftaran Pendaki).  Bayar RM2.00 untuk setiap kenderaan yang diletak di situ
Gambar Atas: Group photo session sebelum memulakan pendakian
Gambar Atas: Taklimat yang amat berguna


11.10 am Mula pendakian

Gambar Atas: Memulakan pendakian

Gambar Atas: Sebahagian denai ke Bukit Lepoh


12.50 pm Tiba di Air Terjun Lepoh (Nota: Ini bukan puncak Bukit Lepoh).
Gambar Atas: Hampir tiba ke Air Terjun Bukit Lepoh

Gambar Atas: Pemandangan indah di Air Terjun Bukit Lepoh

1.00 pm BBQ dan mandi-manda di kolam air terjun

Gambar Atas: Persiapan BBQ
Gambar Atas: Air yang sangat dingin & menyegarkan di kolam air terjun.  Juga terdapat ikan

4.30 pm Persiapan untuk balik termasuk mengemaskan kawasan serta mematikan unggun api.

4.40 pm Mula menuruni bukit

6.00 pm Tiba di Base.


6.30 pm Keluar dari Lepoh.

Monday, 4 November 2013

Mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat (26/10/13)

Mendaki & berkhemah di Gunung Nuang (26/10/13)

Tarikh: 26.10.2013 (Sabtu)

Penyertaan: Sebelas orang rakan sepejabat  yang juga merupakan ahli KOT Recreational Club 




Gambar Atas: Berlatarbelakangkan “Mercu Tanda” Puncak Gunung Nuang







Gambar Atas: Latarbelakang Merupakan Papan Tanda (Signages) 'Pencapaian’ Pendaki Ke Puncak Gunung Nuang Yang Berada Di Ketinggian 1,493 Meter Dari Paras Laut




Kronologi Pendakian:

HARI PERTAMA (Sabtu, 26/10/13)

5.00 am Mula bergerak ke Bandar Botanik (sebagai tempat berkumpul) bersama seorang rakan; kelengkapan yg dibawa bersama - beg berkapasiti 45 liter termasuk 2 periuk, 1 parang dan 1 khemah.

5.30 am Perjalanan bermula dengan memasuki Lebuhraya Kesas dari Klang menghala ke arah KL.  Dua kereta terus ke R&R Kinrara manakala satu kereta lagi ke Sunway untuk mengambil peserta kesebelas.

6.00 am Mula berkonvoi 3 kereta menghala ke Cheras selepas selesai solat Subuh di R&R Kinrara.  Hajat untuk bersarapan di sana tak kesampaian disebabkan semua kedai di R&R tersebut tutup.

6.40 am Singgah utk bersarapan di sebuah restoran mamak di Tmn Connought.

7.15 am Menyambung perjalanan menghala ke Hulu Langat.

7.50 am Tiba di Base (kawasan Letak Kereta di Pintu Masuk ke Hutan Lipur Gunung Nuang).

8.00 am Pengagihan bekalan makanan & minuman bertujuan ‘berat sama dipikul’.

Gambar Atas: Agihan bekalan sebaik tiba di kawasan parking


8.45 am Sesi regangan otot (stretching) berkumpulan.
Gambar Atas: Hajat kami ke Gunung Nuang 'dialu-alukan'

9.05 am Pendakian bermula.

Gambar Atas: Rakan-rakan di persimpangan 'laluan 4X4' atau 'denai hutan' untuk ke Kem Lolo


11.30 am Tiba di Kem Lolo dan berjaya mengenal pasti lapang yang sesuai untuk didirikan 4 buah khemah tidur serta 1 khemah lepak/santai.

12.50 pm Semua khemah siap dididirikan. Longgokan kayu api serta unggun api juga disiapkan. 

Gambar Atas: Tapak perkhemahan (camping site)

1.00 pm Makan tengahari berupa pisang, sandwich (roti dan sardin) bersama 100 Plus.

1.15 pm Memulakan pendakian ke puncak Nuang (disertai 6 peserta manakala selebihnya untuk tujuan perkhemahan).

2.50 pm Tiba di Kem Pacat.

3.00 pm Menyambung pendakian ke puncak Nuang (disertai 4 peserta sahaja).

3.10 pm Dua lagi peserta menarik diri. Pendakian seterusnya oleh 2 peserta sahaja.

4.10 pm Tiba di Puncak Pengasih.
Gambar Atas: Di Puncak Pengasih


4.10 pm Menyambung pendakian ke puncak Nuang.

4.55 pm Tiba di puncak Gunung Nuang.

5.00 pm Bergambar kenangan dan makan bekalan roti kosong dan minum 100 Plus serta air mineral.

5.45 pm Memulakan pendakian turun ke Kem Lolo;

7.10 pm Berehat di Kem Pacat

7.20 pm Menyambung perjalanan menuruni Gunung Nuang.

8.15 pm Selamat tiba di Kem Lolo (lokasi perkhemahan).



HARI KEDUA (Ahad, 27/10/13)

11.20 am Kerja-kerja mengemas khemah, beg dan barangan lain selesai.  Kerja pembersihan kawasan sekitar perkhemahan juga selesai dan bara unggun api dipadamkan.

11.30 am Perjalanan balik dari Kem Lolo ke Base (kawasan Letak Kereta di Pintu Masuk Hutan Lipur Gunung Nuang) bermula.

12.50 pm Selamat tiba di Base.

2.00 pm Bergerak pulang ke Klang.


Catatan:

Pada ketinggian 1,493 meter dari paras laut, puncak Gunung Nuang merupakan puncak tertinggi di Negeri Selangor. Treknya panjang dan agak mencabar terutamanya kepada first-timers. Untuk tujuan perkhemahan, Kem Lolo merupakan lokasi perkhemahan yang paling ideal kerana ianya terletak di tebing jeram (anak sungai).  Air yang mengalir di jeram tersebut jernih, dingin dan kelihatan bersih.  Namun, untuk kegunaan minuman (sekiranya perlu), air tersebut mestilah dimasak dahulu.  Bunyi air merempuh batu-batu di jeram disertai alunan cengkerik membuatkan malam tidak sepi.  Suhu di siang hari di Kem Lolo agak nyaman diteduhi pokok-pokok hutan yang tinggi manakala malamnya agak dingin namun ianya tidaklah sejuk hingga memaksa pemakaian jaket/sweater.  Jika inginkan ambien bagai di Cameron Highlands atau Genting Highlands, Kem Pacat adalah pilihannya.  Cuma, di Kem Pacat, sumber air yang terdekat adalah lebih kurang sepuluh minit perjalanan.

Jarak di antara Base ke Kem Lolo adalah lebih kurang 5.5 km dan perjalanan kami (dari Base ke Kem Lolo) tersebut mengambil masa 2.5 jam. Laluan ke Kem Lolo adalah jalan tanah merah yang lebar yang merupakan laluan kenderaan pacuan 4-Roda (4X4).  Namun, halangannya, antaranya, adalah laluan yang agak berbukit-bukit serta beg yang berisi barangan untuk perkhemahan (camping). Meniti batuan untuk melintas anak sungai mungkin suatu halangan ke arah memastikan kasut dan stokin yang dipakai tidak terendam.  Perghhh.... Hilang jerih kami setelah tiba di lokasi perkhemahan, iaitu Kem Lolo dan terasa amat ringan badan setelah merebahkan beg yang digalas di bahu sejak 2.5 jam yang lalu.