Mendaki Bukit Broga & Bukit Tabur (13/11/13)
Tarikh: 13.11.2013 (Rabu)
Penyertaan: Lima rakan sekerja
Kronologi 1 (Bukit Broga, Semenyih):
Rabu, 13/11/13
4.30 am Memulakan perjalanan dari Klang – 4 orang menaiki
sebuah kereta.
5.05 am Menyambung perjalanan setelah mengambil peserta
kelima di Kerinchi.
5.45 am Tiba di Base (kawasan parkir untuk ke Bukit Broga). Ianya terletak di ladang sawit
persendirian. Caj parkir RM2 dikenakan
dan tandas RM1 per entry.
6.05 am Mula hiking.
Masing-masing dengan headlight kerana keadaan masih gelap. Perjalanan bermula dengan mengikut tanda arah
(signage) yang agak landai di ladang sawit tersebut sehinggalah tiba ke kawasan
belukar dan berbukit.
![]() |
Gambar Atas: Fajar Menyinsing di Broga |
7.00 am Tiba di puncak Bukit Broga.
![]() |
Gambar Atas: Di Puncak Bukit Broga |
![]() |
Gambar Atas: Di Puncak Broga |
7.15 am Mula bergerak turun dari puncak Bukit Broga.
![]() |
Gambar Atas: Perjalanan menuruni Bukit Broga |
7.50 am Selamat tiba di Base.
8.30 am Makan pagi di pekan Semenyih. Destinasi berikutnya adalah Bukit Tabur.
Kronologi 2 (Bukit Tabur, Taman Melawati)
Rabu, 13/11/13
10.50 am Tiba di depan Pintu Masuk Empangan Klang Gate,
Melawati (Base). Tiada tempat letak
kereta yang khusus, maka kereta bolehlah diparkir ditepi jalan di kaki bukit
tersebut.
![]() |
Gambar Atas: Parkir di hadapan Pintu masuk Empangan Klang Gate. Denainya bermula dari tembok tersebut. |
11.00 am Kenal pasti denai yang bakal dilalui berdasarkan
bualan telefon dengan seorang kawan yang pernah ‘bertandang’ ke Bukit Tabur.
11.10 am Mula mendaki.
Lebih kurang 50m pendakian, ada kelihatan tanda ‘Check Point 1’. Barulah yakin dengan denai yang dilalui
tersebut.
1.30 pm Tiba di Check Point 14. Pendakian hanya setakat ke Check Point 14 kerana perjalanan berikutnya dirasakan agak berbahaya kerana denai untuk
menurun ke Check Point seterusny agak lebih curam, ditambah dengan cuaca yang kian
mendung,
![]() |
Gambar Atas: Pemandangan 360 darjah |
1.35 pm Sesi ‘berkelah’ (makan roti, biskut dan minum air isotonik
sambil menikmati keindahan pemandangan empangan, banjaran dan bandaraya K.
Lumpur.
2.00 pm Mula berjalan balik ke Base.
3.15 pm Tiba di Base.
Sebaik tiba, hujan mula turun dengan lebat.
3.20 pm Beredar dari Klang Gate.