Mendaki Gunung Angsi, Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Tarikh: 24.02.2014 (Isnin)
Penyertaan: 3 rakan sekerja
Kronologi (Isnin, 24/02/14)
4.55 am Bergerak dari Klang bersama seorang rakan menghala
ke Caltex Sunway di mana seorang rakan lagi menunggu;
5.15 am Memulakan perjalanan dari Sunway menghala ke Kesas
& PLUS di Sg Besi.
6.00 am Tiba di Tol Senawang.
6.30 am Tiba di Hutan Rekreasi Ulu Bendul.
7.00 am Makan pagi di pekan Tanjung Ipoh.
8.05 am Tiba semula di Hutan Rekreasi Ulu Bendul yang
terletak di tepi jalan Senawang ke Kuala Pilah.
Jangan letak kereta di sana, sebaliknya teruskan perjalanan melalui
lorong bertar di hujung kawasan parkir tersebut sehingga tiba di Pejabat Hutan
(Ranger) Ulu Bendul.
8.10 am Daftar di Pejabat Ranger. Bayaran permit mendaki RM5 seorang. Tiada caj untuk parkir.
Gambar Atas: Bersedia Untuk Memulakan Pendakian |
8.30 am Mula pendakian ke Gunung Angsi.
9.15 am Tiba di Kem Tangga Batu setelah melalui denai yang
agak rata menyusuri lawan arus anak sungai sejak dari Pejabat Ranger lagi.
Telah berjalan sejauh 2 km. Di sini, kena melintas anak sungai tersebut (dengan
memijak di batu-batu yang telah disediakan tanpa perlu membasahkan kasut).
10.20 am Tiba di batuan besar (boulders) yang perlu dipanjat
dengan bantuan tali yang telah tersedia.
Terdapat tanda arah’ “27 MINIT KE PUNCAK”.
11.00 am Tiba di puncak Gunung Angsi
11.35 am Mula menuruni gunung
12.35 am Tiba di Kem Tangga Batu iaitu tempat melintas anak
sungai. Perjalanan berikut adalah
menyusuri (menghiliri) anak sungai tersebut.
1.15 pm Selamat tiba di base (Pejabat Ranger). Sesi berehat
dan mandi di anak sungai (jeram) tersebut.
Nota: Hiking ini
agak sunyi kerana tidak terserempak dengan sesiapa pun sewaktu mendaki ke
puncak dan dalam perjalanan balik ke base.
Kemungkinan Angsi bukan destinasi pilihan para pendaki amatur disebabkan
pemandangan di puncaknya agak terbatas kepada Bandar Senawang dan kawasan
bukit-bukau sahaja. Ini dirasakan
apabila terdapat sarang penyengat di denai yang dilalui selepas kira-kira
setengah jam pendakian bermula dan beberapa das telah berjaya ditembak di
lengan kami.
Tiupan angin yang nyaman lagi sejuk dari langkah mula
hinggalah tiba di puncak amat membantu memotivasikan diri dalam aktiviti
pendakian tersebut bila terpaksa bertarung dengan laluan yang agak inclined dan
tinggi yang boleh dilihat dengan jelas sebaik mendongakkan kepala.