Thursday, 26 June 2014

Mendaki Gunung Angsi (24/2/14)


Mendaki Gunung Angsi, Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Tarikh: 24.02.2014 (Isnin)
Penyertaan: 3 rakan sekerja

Kronologi (Isnin, 24/02/14)

4.55 am Bergerak dari Klang bersama seorang rakan menghala ke Caltex Sunway di mana seorang rakan lagi menunggu;

5.15 am Memulakan perjalanan dari Sunway menghala ke Kesas & PLUS di Sg Besi.
6.00 am Tiba di Tol Senawang.

6.30 am Tiba di Hutan Rekreasi Ulu Bendul.

7.00 am Makan pagi di pekan Tanjung Ipoh.

8.05 am Tiba semula di Hutan Rekreasi Ulu Bendul yang terletak di tepi jalan Senawang ke Kuala Pilah.  Jangan letak kereta di sana, sebaliknya teruskan perjalanan melalui lorong bertar di hujung kawasan parkir tersebut sehingga tiba di Pejabat Hutan (Ranger) Ulu Bendul.  

8.10 am Daftar di Pejabat Ranger.  Bayaran permit mendaki RM5 seorang.  Tiada caj untuk parkir.

Gambar Atas: Bersedia Untuk Memulakan Pendakian


8.30 am Mula pendakian ke Gunung Angsi.

9.15 am Tiba di Kem Tangga Batu setelah melalui denai yang agak rata menyusuri lawan arus anak sungai sejak dari Pejabat Ranger lagi. Telah berjalan sejauh 2 km. Di sini, kena melintas anak sungai tersebut (dengan memijak di batu-batu yang telah disediakan tanpa perlu membasahkan kasut).

10.20 am Tiba di batuan besar (boulders) yang perlu dipanjat dengan bantuan tali yang telah tersedia.  Terdapat tanda arah’ “27 MINIT KE PUNCAK”.

11.00 am Tiba di puncak Gunung Angsi

11.35 am Mula menuruni gunung

12.35 am Tiba di Kem Tangga Batu iaitu tempat melintas anak sungai.  Perjalanan berikut adalah menyusuri (menghiliri) anak sungai tersebut.

1.15 pm Selamat tiba di base (Pejabat Ranger). Sesi berehat dan mandi di anak sungai (jeram) tersebut.

Nota:   Hiking ini agak sunyi kerana tidak terserempak dengan sesiapa pun sewaktu mendaki ke puncak dan dalam perjalanan balik ke base.  Kemungkinan Angsi bukan destinasi pilihan para pendaki amatur disebabkan pemandangan di puncaknya agak terbatas kepada Bandar Senawang dan kawasan bukit-bukau sahaja.  Ini dirasakan apabila terdapat sarang penyengat di denai yang dilalui selepas kira-kira setengah jam pendakian bermula dan beberapa das telah berjaya ditembak di lengan kami. 
Tiupan angin yang nyaman lagi sejuk dari langkah mula hinggalah tiba di puncak amat membantu memotivasikan diri dalam aktiviti pendakian tersebut bila terpaksa bertarung dengan laluan yang agak inclined dan tinggi yang boleh dilihat dengan jelas sebaik mendongakkan kepala.






No comments:

Post a Comment