Thursday, 26 June 2014

Mendaki Gunung Angsi (24/2/14)


Mendaki Gunung Angsi, Ulu Bendul, Negeri Sembilan
Tarikh: 24.02.2014 (Isnin)
Penyertaan: 3 rakan sekerja

Kronologi (Isnin, 24/02/14)

4.55 am Bergerak dari Klang bersama seorang rakan menghala ke Caltex Sunway di mana seorang rakan lagi menunggu;

5.15 am Memulakan perjalanan dari Sunway menghala ke Kesas & PLUS di Sg Besi.
6.00 am Tiba di Tol Senawang.

6.30 am Tiba di Hutan Rekreasi Ulu Bendul.

7.00 am Makan pagi di pekan Tanjung Ipoh.

8.05 am Tiba semula di Hutan Rekreasi Ulu Bendul yang terletak di tepi jalan Senawang ke Kuala Pilah.  Jangan letak kereta di sana, sebaliknya teruskan perjalanan melalui lorong bertar di hujung kawasan parkir tersebut sehingga tiba di Pejabat Hutan (Ranger) Ulu Bendul.  

8.10 am Daftar di Pejabat Ranger.  Bayaran permit mendaki RM5 seorang.  Tiada caj untuk parkir.

Gambar Atas: Bersedia Untuk Memulakan Pendakian


8.30 am Mula pendakian ke Gunung Angsi.

9.15 am Tiba di Kem Tangga Batu setelah melalui denai yang agak rata menyusuri lawan arus anak sungai sejak dari Pejabat Ranger lagi. Telah berjalan sejauh 2 km. Di sini, kena melintas anak sungai tersebut (dengan memijak di batu-batu yang telah disediakan tanpa perlu membasahkan kasut).

10.20 am Tiba di batuan besar (boulders) yang perlu dipanjat dengan bantuan tali yang telah tersedia.  Terdapat tanda arah’ “27 MINIT KE PUNCAK”.

11.00 am Tiba di puncak Gunung Angsi

11.35 am Mula menuruni gunung

12.35 am Tiba di Kem Tangga Batu iaitu tempat melintas anak sungai.  Perjalanan berikut adalah menyusuri (menghiliri) anak sungai tersebut.

1.15 pm Selamat tiba di base (Pejabat Ranger). Sesi berehat dan mandi di anak sungai (jeram) tersebut.

Nota:   Hiking ini agak sunyi kerana tidak terserempak dengan sesiapa pun sewaktu mendaki ke puncak dan dalam perjalanan balik ke base.  Kemungkinan Angsi bukan destinasi pilihan para pendaki amatur disebabkan pemandangan di puncaknya agak terbatas kepada Bandar Senawang dan kawasan bukit-bukau sahaja.  Ini dirasakan apabila terdapat sarang penyengat di denai yang dilalui selepas kira-kira setengah jam pendakian bermula dan beberapa das telah berjaya ditembak di lengan kami. 
Tiupan angin yang nyaman lagi sejuk dari langkah mula hinggalah tiba di puncak amat membantu memotivasikan diri dalam aktiviti pendakian tersebut bila terpaksa bertarung dengan laluan yang agak inclined dan tinggi yang boleh dilihat dengan jelas sebaik mendongakkan kepala.






Friday, 17 January 2014

Mendaki Bukit Broga, Semenyih & Bukit Tabur, Ampang

Mendaki Bukit Broga & Bukit Tabur (13/11/13)

Tarikh: 13.11.2013 (Rabu)

Penyertaan: Lima rakan sekerja


Kronologi 1 (Bukit Broga, Semenyih):
Rabu, 13/11/13

4.30 am Memulakan perjalanan dari Klang – 4 orang menaiki sebuah kereta.

5.05 am Menyambung perjalanan setelah mengambil peserta kelima di Kerinchi.

5.45 am Tiba di Base (kawasan parkir untuk ke Bukit Broga).  Ianya terletak di ladang sawit persendirian.  Caj parkir RM2 dikenakan dan tandas RM1 per entry.

6.05 am Mula hiking.  Masing-masing dengan headlight kerana keadaan masih gelap.  Perjalanan bermula dengan mengikut tanda arah (signage) yang agak landai di ladang sawit tersebut sehinggalah tiba ke kawasan belukar dan berbukit.

Gambar Atas: Fajar Menyinsing di Broga


7.00 am Tiba di puncak Bukit Broga.
Gambar Atas: Di Puncak Bukit Broga

Gambar Atas: Di Puncak Broga


7.15 am Mula bergerak turun dari puncak Bukit Broga.
Gambar Atas: Perjalanan menuruni Bukit Broga


7.50 am Selamat tiba di Base.

8.30 am Makan pagi di pekan Semenyih.  Destinasi berikutnya adalah Bukit Tabur.



Kronologi 2 (Bukit Tabur, Taman Melawati)
Rabu, 13/11/13

10.50 am Tiba di depan Pintu Masuk Empangan Klang Gate, Melawati (Base).  Tiada tempat letak kereta yang khusus, maka kereta bolehlah diparkir ditepi jalan di kaki bukit tersebut.

Gambar Atas: Parkir di hadapan Pintu masuk Empangan Klang Gate.  Denainya bermula dari tembok tersebut.

Gambar Atas: Aksi Di 'Base' sebelum mendaki Bukit Tabur

11.00 am Kenal pasti denai yang bakal dilalui berdasarkan bualan telefon dengan seorang kawan yang pernah ‘bertandang’ ke Bukit Tabur.

11.10 am Mula mendaki.  Lebih kurang 50m pendakian, ada kelihatan tanda ‘Check Point 1’.  Barulah yakin dengan denai yang dilalui tersebut.

1.30 pm Tiba di Check Point 14.  Pendakian hanya setakat ke Check Point 14 kerana perjalanan berikutnya dirasakan agak berbahaya kerana denai untuk menurun ke Check Point seterusny agak lebih curam, ditambah dengan cuaca yang kian mendung,
Gambar Atas: Pemandangan 360 darjah


1.35 pm Sesi ‘berkelah’ (makan roti, biskut dan minum air isotonik sambil menikmati keindahan pemandangan empangan, banjaran dan bandaraya K. Lumpur.

2.00 pm Mula berjalan balik ke Base.

3.15 pm Tiba di Base.  Sebaik tiba, hujan mula turun dengan lebat.

3.20 pm Beredar dari Klang Gate.