Saturday, 28 December 2013

Larian Morib Fun Run 2013 (29/12/13)


Larian Morib Fun Run 2013

Tarikh: 29/12/13


Kronologi:

Ahad, 29/12/13

05:55 am Mula perjalanan dari Bandar Puteri Klang ke Morib

06:20 am Tiba di Dataran Pantai Morib

06:40 am Daftar dan ambil nombor larian

08:03 am Flag-off untuk semua peserta lelaki.  Jarak: 5 km


08:36 am Tiba di Finish Line

Gambar Atas: Bersama sijil penyertaan & medal 'Finisher'



Sunday, 8 December 2013

Larian GM Klang Run For It 7 (08/12/13)

Larian GM Klang Run For It 7

Tarikh: 08/12/13


Kronologi:

Ahad, 08/12/13

5.20 am Tiba di GM Klang. Semua dengan hal sendiri sementara menunggu masa flag off.  Route pun tidak diketahui.  Cuaca kelihatan cerah.

6.45 am Mula larian untuk jarak 10 km

7.55 am Selamat tiba di Finish Line.  Terima sijil & medal sebagai Finisher.
Gambar Atas: Sjil & medal meningkatkan keyakinan diri untuk terus gigih berlari


9.00 am Meninggalkan GM setelah bosan menunggu untuk acara Lucky Draw diadakan

Mendaki Bukit Lepoh, Hulu Langat Bersama Keluarga (07/7/13)

Mendaki Bukit Lepoh / Lepo / Lepuh

Tarikh: 07/7/13

Penyertaan: Penulis & isteri serta dua anak


Kronologi:

Ahad, 07/7/13

6.50 am Mula perjalanan dari Klang

8.10 am Berhenti untuk bersarapan di sebuah kedai mamak yang kebetulan ternampak.  Juga tapau 4 bungkus nasi lemak ayam goreng sebagai 'lunch' di Air Terjun nanti.

9.00 am Lapor diri serta ahli keluarga di Balai Polis Batu 9 untuk tindakan kecemasan oleh pihak berkuasa, sekiranya perlu.

9.50 am Tiba di Base dan lapor diri lagi.

10.05 am Mula mendaki
Gambar Atas: Perjalanan melalui kebun getah
Gambar Atas: Sebahagian denai

Gambar Atas: Keceriaan menandakan pendakian masih di tahap 'warm up'

11.30 am Tiba di Air Terjun Bukit Lepoh
Gambar Atas: Penat lelah pendakian tadi lenyap dibawa deruan air terjun 
Gambar Atas: Jernih, dingin. Juga terdapat ikan


1.30 pm Mula menuruni Bukit Lepoh
Gambar Atas: Melangkah turun


2.55 pm Tiba di Base


3.10 pm Balik ke Klang

Mendaki Bukit Saga, Ampang (03/11/13)

Mendaki Bukit Saga, Ampang

Tarikh: 03.11.2013 (Ahad)

Penyertaan: Enam rakan sekerja

Kronologi:

Ahad, 3/11/13

9.15 am Sebagai peserta terawal tiba di Base ke Bukit Saga (Jalan Saga 28, Taman Saga, Ampang).

10.00 am Lima peserta lain tiba di Base.

10.20 am Mula mendaki melalui Denai A.

Gambar Atas: Bermulanya pendakian


11.30 am Tiba di Puncak Bukit Saga.

Gambar Atas & Bawah: Menggunakan kemudahan alat senaman di puncak Bukit Saga



11.55 am Mula bergerak ke Air Terjun melalui denai yang agak payah serta menuruni bukit.

12.45 pm Tiba di Air Terjun
Gambar Atas: Tiba di Air Terjun


1.45 pm Selesai mandi, makan roti dan minum serta berkemas.

1.50 pm Mula berjalan kembali ke Puncak Bukit Saga.

2.40 pm Tiba kembali di Puncak Bukit Saga.

3.40 pm Mula menuruni Bukit Saga melalui Denai A.

4.20 pm Tiba di Base.


4.40 pm Beredar dari Taman Saga, Ampang.

Sunday, 10 November 2013

Mendaki Bukit Lepoh, Hulu Langat Bersama Kawan (08/04/13)

Mendaki Bukit Lepoh / Lepo / Lepuh, Hulu Langat

Tarikh: 08.04.2013 Isnin

Penyertaan: Sepuluh orang rakan sekerja yang merupakan ahli KOT Recreational Club



Kronologi:

Isnin, 08/4/13

7.00 am Mula perjalanan dari Klang – konvoi dua kereta menghala ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan sebagai tempat pertemuan bagi rakan-rakan dari arah lain.

7.45 am Tiba di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

8.30 am Sarapan di Bandar Tun Razak.

9.15 am Mula perjalanan ke Hulu Langat – konvoi 4 kereta

10.30 am Tiba di Base (Rumah Pendaftaran Pendaki).  Bayar RM2.00 untuk setiap kenderaan yang diletak di situ
Gambar Atas: Group photo session sebelum memulakan pendakian
Gambar Atas: Taklimat yang amat berguna


11.10 am Mula pendakian

Gambar Atas: Memulakan pendakian

Gambar Atas: Sebahagian denai ke Bukit Lepoh


12.50 pm Tiba di Air Terjun Lepoh (Nota: Ini bukan puncak Bukit Lepoh).
Gambar Atas: Hampir tiba ke Air Terjun Bukit Lepoh

Gambar Atas: Pemandangan indah di Air Terjun Bukit Lepoh

1.00 pm BBQ dan mandi-manda di kolam air terjun

Gambar Atas: Persiapan BBQ
Gambar Atas: Air yang sangat dingin & menyegarkan di kolam air terjun.  Juga terdapat ikan

4.30 pm Persiapan untuk balik termasuk mengemaskan kawasan serta mematikan unggun api.

4.40 pm Mula menuruni bukit

6.00 pm Tiba di Base.


6.30 pm Keluar dari Lepoh.

Monday, 4 November 2013

Mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat (26/10/13)

Mendaki & berkhemah di Gunung Nuang (26/10/13)

Tarikh: 26.10.2013 (Sabtu)

Penyertaan: Sebelas orang rakan sepejabat  yang juga merupakan ahli KOT Recreational Club 




Gambar Atas: Berlatarbelakangkan “Mercu Tanda” Puncak Gunung Nuang







Gambar Atas: Latarbelakang Merupakan Papan Tanda (Signages) 'Pencapaian’ Pendaki Ke Puncak Gunung Nuang Yang Berada Di Ketinggian 1,493 Meter Dari Paras Laut




Kronologi Pendakian:

HARI PERTAMA (Sabtu, 26/10/13)

5.00 am Mula bergerak ke Bandar Botanik (sebagai tempat berkumpul) bersama seorang rakan; kelengkapan yg dibawa bersama - beg berkapasiti 45 liter termasuk 2 periuk, 1 parang dan 1 khemah.

5.30 am Perjalanan bermula dengan memasuki Lebuhraya Kesas dari Klang menghala ke arah KL.  Dua kereta terus ke R&R Kinrara manakala satu kereta lagi ke Sunway untuk mengambil peserta kesebelas.

6.00 am Mula berkonvoi 3 kereta menghala ke Cheras selepas selesai solat Subuh di R&R Kinrara.  Hajat untuk bersarapan di sana tak kesampaian disebabkan semua kedai di R&R tersebut tutup.

6.40 am Singgah utk bersarapan di sebuah restoran mamak di Tmn Connought.

7.15 am Menyambung perjalanan menghala ke Hulu Langat.

7.50 am Tiba di Base (kawasan Letak Kereta di Pintu Masuk ke Hutan Lipur Gunung Nuang).

8.00 am Pengagihan bekalan makanan & minuman bertujuan ‘berat sama dipikul’.

Gambar Atas: Agihan bekalan sebaik tiba di kawasan parking


8.45 am Sesi regangan otot (stretching) berkumpulan.
Gambar Atas: Hajat kami ke Gunung Nuang 'dialu-alukan'

9.05 am Pendakian bermula.

Gambar Atas: Rakan-rakan di persimpangan 'laluan 4X4' atau 'denai hutan' untuk ke Kem Lolo


11.30 am Tiba di Kem Lolo dan berjaya mengenal pasti lapang yang sesuai untuk didirikan 4 buah khemah tidur serta 1 khemah lepak/santai.

12.50 pm Semua khemah siap dididirikan. Longgokan kayu api serta unggun api juga disiapkan. 

Gambar Atas: Tapak perkhemahan (camping site)

1.00 pm Makan tengahari berupa pisang, sandwich (roti dan sardin) bersama 100 Plus.

1.15 pm Memulakan pendakian ke puncak Nuang (disertai 6 peserta manakala selebihnya untuk tujuan perkhemahan).

2.50 pm Tiba di Kem Pacat.

3.00 pm Menyambung pendakian ke puncak Nuang (disertai 4 peserta sahaja).

3.10 pm Dua lagi peserta menarik diri. Pendakian seterusnya oleh 2 peserta sahaja.

4.10 pm Tiba di Puncak Pengasih.
Gambar Atas: Di Puncak Pengasih


4.10 pm Menyambung pendakian ke puncak Nuang.

4.55 pm Tiba di puncak Gunung Nuang.

5.00 pm Bergambar kenangan dan makan bekalan roti kosong dan minum 100 Plus serta air mineral.

5.45 pm Memulakan pendakian turun ke Kem Lolo;

7.10 pm Berehat di Kem Pacat

7.20 pm Menyambung perjalanan menuruni Gunung Nuang.

8.15 pm Selamat tiba di Kem Lolo (lokasi perkhemahan).



HARI KEDUA (Ahad, 27/10/13)

11.20 am Kerja-kerja mengemas khemah, beg dan barangan lain selesai.  Kerja pembersihan kawasan sekitar perkhemahan juga selesai dan bara unggun api dipadamkan.

11.30 am Perjalanan balik dari Kem Lolo ke Base (kawasan Letak Kereta di Pintu Masuk Hutan Lipur Gunung Nuang) bermula.

12.50 pm Selamat tiba di Base.

2.00 pm Bergerak pulang ke Klang.


Catatan:

Pada ketinggian 1,493 meter dari paras laut, puncak Gunung Nuang merupakan puncak tertinggi di Negeri Selangor. Treknya panjang dan agak mencabar terutamanya kepada first-timers. Untuk tujuan perkhemahan, Kem Lolo merupakan lokasi perkhemahan yang paling ideal kerana ianya terletak di tebing jeram (anak sungai).  Air yang mengalir di jeram tersebut jernih, dingin dan kelihatan bersih.  Namun, untuk kegunaan minuman (sekiranya perlu), air tersebut mestilah dimasak dahulu.  Bunyi air merempuh batu-batu di jeram disertai alunan cengkerik membuatkan malam tidak sepi.  Suhu di siang hari di Kem Lolo agak nyaman diteduhi pokok-pokok hutan yang tinggi manakala malamnya agak dingin namun ianya tidaklah sejuk hingga memaksa pemakaian jaket/sweater.  Jika inginkan ambien bagai di Cameron Highlands atau Genting Highlands, Kem Pacat adalah pilihannya.  Cuma, di Kem Pacat, sumber air yang terdekat adalah lebih kurang sepuluh minit perjalanan.

Jarak di antara Base ke Kem Lolo adalah lebih kurang 5.5 km dan perjalanan kami (dari Base ke Kem Lolo) tersebut mengambil masa 2.5 jam. Laluan ke Kem Lolo adalah jalan tanah merah yang lebar yang merupakan laluan kenderaan pacuan 4-Roda (4X4).  Namun, halangannya, antaranya, adalah laluan yang agak berbukit-bukit serta beg yang berisi barangan untuk perkhemahan (camping). Meniti batuan untuk melintas anak sungai mungkin suatu halangan ke arah memastikan kasut dan stokin yang dipakai tidak terendam.  Perghhh.... Hilang jerih kami setelah tiba di lokasi perkhemahan, iaitu Kem Lolo dan terasa amat ringan badan setelah merebahkan beg yang digalas di bahu sejak 2.5 jam yang lalu.



  



Sunday, 15 September 2013

Mendaki Gunung Datuk / Dato', Rembau (8/9/13)

Tarikh: 08.09.2013 (Ahad)
Penyertaan: Empat orang rakan sepejabat



Gambar Di Atas: Kedatangan Yang Dialu-alukan


Gambar Di Atas: Di Puncak Gunung Datuk

Kronologi:

4.55 am Dua rakan tiba depan rumah untuk kongsi kereta;

5.05 am Perjalanan bermula dengan memasuki Lebuhraya Kesas dari Klang menghala ke Subang;

5.15 am Singgah di Shell Hicom untuk mengambil seorang lagi rakan;

6.15 am Tiba di Rembau - beli air minuman di 7-Eleven, solat Subuh di stesen Petronas & mengambil sarapan (nasi berlauk) di sebuah restoran mamak;

7.35 am Tiba di base (kaki Gunung Datuk);

7.40 am Daftar nama serta membayar yuran RM5 setiap orang;

7.55 am Mula mendaki selepas berkenalan dengan seorang pendaki lain yang pernah mendaki gunung tersebut dan bersedia menjadi penunjuk arah kami (Kredit buat saudara Nizar);

9.25 am Tiba di puncak (summit) Gunung Datuk;

9.30 am Bergambar, menikmati pemandangan 360 darjah dan sesi makan/minum segala bekalan;

10.30 am Mula menuruni gunung;

11.30 am Tiba di base (kaki gunung);

12.00 pm Mandi dan bertukar pakaian di jeram;

1.00 pm Bertolak balik menghala ke Kuala Lumpur;

2.15 pm Makan tengahari di K Lumpur;

4.00 pm Tiba di Klang dan solat Zuhur;

5.00 pm Bersurai.




Larian Bandar DiRaja Oren Sport 5A Run 2013 (16/9/13)

Tarikh: 16.09.2013 (Isnin)

Masa: 5.30 am

Tempat: Kompleks Sukan Pandamaran

Kategori Larian: F (Terbuka Lelaki 5 km)




Gambar Di Atas: Menggayakan T-Shirt Larian Untuk Mendapatkan Semangatnya


Gambar Di Atas: Sijil Dan Medal Yang Diterima di Finish Line Sebagai 'Finisher'





Kronologi:

Hari Larian (Isnin, 16/9/13)


5.30 am Lapor diri dengan cara memasukkan keratan Kad Daftar ke dalam kotak Cabutan Bertuah;

5.45 am Menyimpan bag berisi handphone & dompet ke kaunter Baggage;

6.00 am Menyertai senaman (warm up session);

6.20 am Solat Subuh;

6.35 am Larian kategori lain (10 km) bermula;

6.45 am Larian Kategori F bermula (Start Line);

7.18 am Tiba ke garisan penamat (Finish Line) & terima medal, sijil penyertaan (tanpa nama) dan goodie bag;

7.25 am Bersarapan;

9.20 am Sesi cabutan bertuah (tunggu tapi tak bertuah kali ini);

9.40 am Bersurai.


Catatan:


Ini merupakan penyertaan pertama (sulung) seumur hidup dalam acara sukan terutamanya acara larian. Ini kerana ketika di bangku sekolah, pengecualian diberi daripada menyertai acara sukan disebabkan masalah jantung sejak lahir (congenital heart disease). Tetapi kini keadaan jantung telah disahkan normal setelah menjalani pembedahan di IJN pada 1998.

Bolehlah dikatakan acara larian di atas merupakan mukadimah (insyaAllah bukan yang terakhir) serta motivasi untuk menyertai acara-acara larian yang bakal diadakan di daerah Klang nanti.


Sekian.