Penyertaan: Empat orang rakan sepejabat
Gambar Di Atas: Kedatangan Yang Dialu-alukan |
Gambar Di Atas: Di Puncak Gunung Datuk |
Kronologi:
4.55 am Dua rakan tiba depan rumah untuk kongsi kereta;
5.05 am Perjalanan bermula dengan memasuki Lebuhraya Kesas dari Klang menghala ke Subang;
5.15 am Singgah di Shell Hicom untuk mengambil seorang lagi rakan;
6.15 am Tiba di Rembau - beli air minuman di 7-Eleven, solat Subuh di stesen Petronas & mengambil sarapan (nasi berlauk) di sebuah restoran mamak;
7.35 am Tiba di base (kaki Gunung Datuk);
7.40 am Daftar nama serta membayar yuran RM5 setiap orang;
7.55 am Mula mendaki selepas berkenalan dengan seorang pendaki lain yang pernah mendaki gunung tersebut dan bersedia menjadi penunjuk arah kami (Kredit buat saudara Nizar);
9.25 am Tiba di puncak (summit) Gunung Datuk;
9.30 am Bergambar, menikmati pemandangan 360 darjah dan sesi makan/minum segala bekalan;
10.30 am Mula menuruni gunung;
11.30 am Tiba di base (kaki gunung);
12.00 pm Mandi dan bertukar pakaian di jeram;
1.00 pm Bertolak balik menghala ke Kuala Lumpur;
2.15 pm Makan tengahari di K Lumpur;
4.00 pm Tiba di Klang dan solat Zuhur;
5.00 pm Bersurai.
No comments:
Post a Comment