Sunday, 15 September 2013

Larian Bandar DiRaja Oren Sport 5A Run 2013 (16/9/13)

Tarikh: 16.09.2013 (Isnin)

Masa: 5.30 am

Tempat: Kompleks Sukan Pandamaran

Kategori Larian: F (Terbuka Lelaki 5 km)




Gambar Di Atas: Menggayakan T-Shirt Larian Untuk Mendapatkan Semangatnya


Gambar Di Atas: Sijil Dan Medal Yang Diterima di Finish Line Sebagai 'Finisher'





Kronologi:

Hari Larian (Isnin, 16/9/13)


5.30 am Lapor diri dengan cara memasukkan keratan Kad Daftar ke dalam kotak Cabutan Bertuah;

5.45 am Menyimpan bag berisi handphone & dompet ke kaunter Baggage;

6.00 am Menyertai senaman (warm up session);

6.20 am Solat Subuh;

6.35 am Larian kategori lain (10 km) bermula;

6.45 am Larian Kategori F bermula (Start Line);

7.18 am Tiba ke garisan penamat (Finish Line) & terima medal, sijil penyertaan (tanpa nama) dan goodie bag;

7.25 am Bersarapan;

9.20 am Sesi cabutan bertuah (tunggu tapi tak bertuah kali ini);

9.40 am Bersurai.


Catatan:


Ini merupakan penyertaan pertama (sulung) seumur hidup dalam acara sukan terutamanya acara larian. Ini kerana ketika di bangku sekolah, pengecualian diberi daripada menyertai acara sukan disebabkan masalah jantung sejak lahir (congenital heart disease). Tetapi kini keadaan jantung telah disahkan normal setelah menjalani pembedahan di IJN pada 1998.

Bolehlah dikatakan acara larian di atas merupakan mukadimah (insyaAllah bukan yang terakhir) serta motivasi untuk menyertai acara-acara larian yang bakal diadakan di daerah Klang nanti.


Sekian.




No comments:

Post a Comment